Monday, December 28, 2009

Semakin Melabuhkan Tirainya.. 2009... Part 1



Assalamualaikum.. kawan2 semua.. jahat nyer aku nie.. dah lama giler x masuk blog sendiri.. mcm mane nak aktif nie.. kalau blog sendiri pun dah x berapa nak maju nie.. huhuhuhu.. what ever la... yng penting aku adalah aku..

ok anyway.. aper la yng aku merepek nie kan.. ada lak yang akan menyepak mahupun "menyepak" aku ni nanti.. lalalalala..

Tahun 2009 semakin sampai ke penghujungnya.. banyak pekara dan pengalaman pahit dan manis aku lalui..., tempuhi..., harungi..., alami..., dan sebagainya.. ianya adalah rentetan sejarah perjalan aku yng hidup merantau mencari sesuap nasi di Negeri Orang yang dipisahkan oleh Laut Cina Selatan.... apa pun aku tetap bersyukur dan memanjatkan setinggi2 Doa dan Terima Kasih pada Allah... kerana Nya.. aku masih bernafas dan meneruskan kehidupanku di Muka Bumi MU ini... Amin...

Rentetan 2009 aku.. pada awal Januari.. aku dikejutkan dengan Banjir yng melanda di Sarawak... termasuklah rumah sewa aku yng kena banjir jugak.. huhuhuhu.. bukannyer aper.. first time ma aku kena banjir mcm tuh... then.. dah la kena banjir.. aku jugak bertugas di bilik gerakkan banjir ketika itu.. so aku ambil keputusan.. apa yng nak jadik kat rumah aku tuh.. jadilah... aku Redha dengan apa yng telah DIA tetapkan.. yng penting ada lagi insan yang aku patut tolong melalui pengalaman yang agak mencabar ini....

Selesainya banjir.. dalam bulan Februari.. Bangunan Deretan Kedai di Pasar Lama Mukah HAngus!!!.. mana aku boleh lupa peristiwa ini.. pada hal waktu malam kejadiaan itu.. aku baru balik dari travelling... petang baru sampai Mukah.. n.. yng buat x leh lupa tuh... port yng kitaorng selalu lepak n minum kat kedai yng terbakar itu jugak la... balik dari travelling malam terus pergi tinjau kawasan kebakaran itu.. time aku sampai.. orng masih ramai... api masih jugak marak dan Bomba bertungkus lumus memadamkan api.. padahal sebelum itu.. aku difahamkan yng anggota bomba ini sedang memadakan kebakaran di Oya.. mun sik silap kmk la.. coz di oya ada berlaku pembakaran ternuka yng mula merebak... x pun kebakaran yang terjadi akibat keadaan yng terlalu panas dan kering.. kalau aku silapm harap ada yng membetolkan yer kawan2... ok utk korang tengok kebakaran yng aku dah check kat youtube.. ko rng try buka link nie k..

http://www.youtube.com/watch?v=G0QkORmw3OI

nampaknyer maybe korang kena copy n paste lah kot link tuh...
ok sambung lagi... kepanasan yng berterusan dan membimbangkan berterusan sehingga ke Bulan 4.. bulan 4 aktiviti paling banyak.. kerana Jabatan tmpt aku bekerja adalah antara yng tersibuk jugak sepanjang bulan 4.. aktivi yng banyak berlangsung bagi menyambut Pesta Kaul 2009. Dalam ke sibukkan aktiviti yng mula mencurah2.. aku pulak kena g kursus kat Santubong Resort... so aku dapat balik jumpa geng sama Jawatan semasa kami orng diperkenlakan di KL lagi sebelum dicampakkan ke Sabah dan Sarawak...

Kursus yang aku hadir itu adalah kursus penting untuk melayakkan aku disahkan dalam Jawatan dan Perkhidmatan SPA... so Alhamdullilah.. aku dah pun Compom.. huhuhuhu...

selepas jer aku Balik dari Kursus.. Pesta Kaul pun semakin menghampiri..
Pesta Kaul adalah sambutan yng wajib bagi Kaum Melanau di Negeri Sarawak ini terutamanya di Bahagian Mukah ini.... banyak jugak aktiviti yng berlangsung semasa di Pesta Kaul ini.. pergh.. boleh tahan gak kepenatannya.. coz first time keje time Pesta Kaul... kurang2 nyer ada gak pengalaman yng aku dapat bawak balik kelak...

selepas abis pesta kaul.. akan ada sambutan Hari Gawai... dan kebetulan pula.. sebelum hari Gawai.. ada pulak Kejohanan Cub Prix yng akan berlangsung di sini jugak... so aku bertugas semasa Cub Prix dahulu n esok nya aku pulang ke Tanah Air ku untuk bertemu dengan Ibu dan Ayah yng ku Rindui serta Adik2 adikku....

(penat la pulak.. lama x menaip mcm nie..) InsyaAllah.. esok aku sambung untuk part ke-2 ye.. huhuhuhu.. korang pun.. ceritala ckit pasal pengalam korang pulak yer...

No comments: