Wednesday, December 8, 2010

Salam Awal Muharram 1432H


Assalamualaikum..
kepada semua sahabat2 ku.. selamat ber'blog' kembali.. dah lama sangat rasanya aku x on blog aku nie.. ntah apa2 ntah aku nie..
di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hirah 1432 H kepada semua sahabat2 ku yng mengikuti blog aku ini..
di kesempatan ini.. marilah kita bersama-sama.. sedikit sebanyak berkongsi Fadhilat dan Kelebihan yang ada dalam Bulan Muharram ini..

BULAN MUHARRAM

Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')
Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)
Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada
fakir miskin
Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga
Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka
Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat
Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah berbuat
baik kepada semua anak-anak yatim.
Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah
menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya

Oleh itu, marilah kita renugkan bersama, Muhasabah diri semula.. Ingat la Pada Yang Kuasa, kerana NYA.. kita masih bernafas di Bumi Allh swt ini.. Selamat Beramal...

Assalamualaikum...

Tuesday, September 21, 2010

huuh..



Salamz... kali ni aku tengah cuba design baru aku punya blog dulu.. coz aku dah lama x masuk blog aku nie..

di kesempatan ini aku nak ucapkan..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. Maaf Zahir Batin dan Segalanya..
kepada seluruh Umat Islam.. x kira di mana anda berada..

Selamat bertemu lagi...
bubye.. :)

Monday, March 1, 2010

KESIBUKKAN BULAN FEBRUARI....




Assalamualaikum... Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada semua sahabat-sahabat ku di luar sana... lama sudah aku tak membebel dalam ini blog.. walhal... bukannya blog orang lain pun.. sendiri punya ma....

Bukannya apa kawan-kawanku... bila dah mula aku serious dengan kerja ni.. ha.. AMIK AKU!!!.. nak menulis dalam blog pun dah tak ada masa... mana lah tak.. masa yang ada padaku adalah sangat terhad.. maka aku gunakannya untuk aku rehat cukup-cukup..... sebab nak recover balik energy aku yng dah over limit aku gunakan....

Pada Bulan Februari yng baru sahaja berlalu.. aku memang sibuk dengan kerja-kerja ku.. mujurlah ada Tahun Baru Cina.. dapat gak cuti 2-3 hari... pas tu.. AMEK AKU... kerja strait tak der nak rehat-rehat punyer.. (x der lah sampai x rehat langsung).. maksudku jadual ku padat dengan kerja.. mana tak.. orng lain semua cuti sabtu minggu.. aku sabtu minggu.. siang malam kerja... Tapi tak pe.. coz aku enjoy dengan kerja yang aku lakukan sekarang ini... aku tak kan salahkan siapa-siapa.. malah aku bersyukur banyak-banyak kepad ALLAH swt, kerana dengan iziNya... aku diberikan kesihatan yang baik.. Kecerdasan akal fikiran.. rezeki yang melimpah ruah.. kemudahan dalam melaksanakan tugas.. aku bersyukur banyak-banyak pada mu Ya ALLAH...

Kebanyakkan kerja ku adalah aktiviti luar.. bukannya di Opis.. dan pada Bulan Februari jugalah kali Pertama aku mengikuti TRAVELLING UNIT SUNGAI... yang mana aku ditempatkan di bawah unit sungai ini sudah 2 tahun.. Memang mencabar bagi diriku kerana inilah pengalaman pertama aku menyusuri Sg Mukah dengan menaiki bot yng berkuasa KUDA 40... aku pergi bertiga.. Ketua Unit dan Pemandu Enjin Sangkut... yng menambahkan geli hati ku adalah.. aku menjadi penunjuk arah... wakakakakaka.. dah lah x pernah2 aku jadik penunjuk arah.. ni tak pasal-pasal.. aku lak yng jadik... tapi demi mencapai misi kami pada travelling kali ini.. segalanya dipermudahkan.. apa-apa pun.. orang ramai dah cakap awal2.... "mun kitak tuk ke batang di sarawak tuk.. hati2.. mulut sik boleh cabul gilak.. mun cabul kelak.. kitak nanga la diri pun" (kalau awak tu pergi ke Sungai di sarawak... hati2.. mulut tak boleh cabul giler.. kalau cabul nanti.. awak tengok la sendiri) so.. aku pun kenalah paham-paham sendiri.. aku ni kan datang ke tempat orang.. so berjaga-jaga lah jugak.. Alhamdullilah... semuanya berjalan dengan lancar.. dan kami bermalam di sebuah rumah Panjang yang mana apai nya @ Tuai Rumah (Ketua Rumah Panjang) baik sangat-sangat.. dan penduduk di rumah panjang itu pun menerima kedatangan kami dengan tangan yng terbuka... Bermalam di Rumah Panjang bgiku dah biasa lah jugak coz sebelom ni pun.. aku ada ke Kawasan Rumah Panjang.. dan yng kali ini.. aku ke Rumah Panjang melalui Sungai MUKAH....

Apabila aku melihat cara hidup mereka.. aku terkenang dan berfikir sendiri... betapa bertuahnya aku di semenanjug.. kehidupan aku berganda2 lebih baik dari diorang.. tapi.. aku tengok diorng nak kata susah pun tidak.. nak kata senang lagi la pulak.. tapi mereka masih mempunyai sifat bantu-membantu dan tidak mengharapkan apa-apa balasan dari kami semua.... itu yng membuatkan aku terharu seketika... inilah dia.. memang benar.. konsep 1Malaysia... dah lama wujud di negeri ini... ye.. Negeri Sarawak... sedangkan segelintir masyarakat di Semenanjung sana.. perkara yang kecik dan remeh voleh pulak diperbesar-besarkan sehingga boleh tercetusnya pergaduhan.. apakah maknanya semua ini?? Maafkan ku wahai penduduk di Semenanjung.. kalau-kalau penulisan aku ini ada menyinggung perasaan ataupun hati sesiapa... tapi itulah Hakikat dan realitinya.. apabila aku memasuki kawasan sedikit pendalaman.. aku dapat rasakan kesegaran seperti di kawasan Kampung yng masih belom diterokai sepenuhnya.. kesejukkan hutan amat menyamankan tidur ku....

Pulang dari Travelling... aku mula rasa macam tak berapa nak best.. sebab aku rindukan ketenagan dan kedamaian semasa aku Travelling dengan suasana yang indah dan saujana mata memandang... menyusuri Sungai Mukah, Sarawak.. InsyaAllah.. bulan March ini... aku Travelling lagi... pulang je.. mula dah.. banyak kerja yang perlu di siapkan.. dan kedatang PM ke Sibu pun aku diarahkan ke Sibu utk bertugas semasa lawatan Beliau.. pulang je dari Sibu.. aku balik rumah utk mandi jer n siap2... tukar baju utk bermalam n terus ke Daro pulak.. huhuhuhu... pulang dari daro kerja mcm biasa n Sabtu Ahad pun Kerja... memang bulan Februari ini mencabar Kecerdasan fizikal dan mental aku.. tapi aku bersyukur kerana aku berjaya mengharunginya tanpa Masalah.. Alhamdulillah...

Apa-apa pun.. March sudah menjelma.. aku pun x pasti macam mana akan aku harungi.. tapi apa yg aku tahu.. Bulan March adalah antara bulan yang sibuk di Mukah ini.. kerana ianya berkaitan dengan Pesta Kaul yng akan diadakan pada Bulan April nanti Di Mukah.. jadi kawan-kawan.. sampai di sini dahulu celotehan ku.. sebelum aku mengundur diri.. aku selitkan jugak lah sekeping 2 gambar time kitaorng Travelling ye.. Salam semuanya...

Monday, February 1, 2010

BERAKHIRNYA JANUARI 2010...




Sekejap sahaja masa berlalu.. bagaikan terlalu pantas.. aku bagaikan masih lagi merasa kehangatan tahun baru...
tapi sudah pun memasuki bulan yang ke-2.... Lumrah bagi semua manusia mahupun semua orang... kenapa?? apa yang lumrahnyer??
Apala.. benda senang pun malas nak pikir.. sebab dia.. bila masuk nya tahun yang baru.. kita akan berasa sangat semangat
sebab kita sedang berusaha untuk mencapai azam yang telah ditetapkan.. biasalah.. semangat mula-mula.. tapi itu adalah
sesuatu permulaan yang bagus sebenarnya... macam yng masih di sekolah.. macam-macam perkara yang boleh menguja kan diorang..

Budak Sekolah.. masuk sekolah dengan memakai pakaian dan peralatan sekolah yang serba baru.. serba serbi nampak sempurna.. apa
lagi.. mula la nak tunjuk eksen... pada hal tujuan diorang disekolahkan.. adalah untuk menimba ilmu... Duit yang diorang dapat pun..
duit mak bapak diorang.. so janganlah ada sifat nak belagak... rase macam diri tu mewah.. sedar sikitla diri tu yer adik-adik ku diluar sana..

Bagi adik-adik ku yang mencari duit sendiri (kerja) semasa cuti sekolah lalu.. mesti diorang akan rasa tersangatlah menghargai..
barang-barang yang mereka miliki kerana ianya adalah dari titik peluh mereka sendiri.. (Ditujukan khas utk budak-budak sekolah rendah dan menegah)

Ok.. seterusnya... untuk student-student yang baru nak masuk blajar ke IPTA/IPTS.. tapi lebih ku tujukan pada mereka yang
memasuki IPTA la... sebab lepas jer abis SPM.. pergh.. bukan main semangat.. meluap2.. meletop2..(kebabooommmm) itu adalah permulaan yang bagus..
matlamat pun telah di tetapkan.. tapi.. janganlah hanyut.. sebab aper aku katakan macam tu.. mentang-mentang la korang dah mula
tinggal jauh dengan family korang.. dah mula dah.. nak tunjuk tocang masing.. duduk diam-diam dalam IPT tersebut n belajar la pandai-pandai..
kalau rasa tak nak.. baik korang tak payah terima sambung belajar nie dulu lagi.. bagi peluang pada orang lain yang benar-benar ingin
sambung belajar... selepas tu bila dah dapat duit Pinjaman nanti.. janganlah jadi lupa diri pulak.. ingat-ingatlah di mana asal-usul kita... janganlah
jadi lupa diri kerana duit pinjaman tu.... kerana Korang la Harapan Masa Depan Negara...

Seterusnya kepada mereka-mereka yang telah berkerja nie.. mencari rezeki yang halal... bekerja lah sebaik-baik nyer.. jauhi penyelewengan..
rasuah.. budaya tindas menindas... buli.. jauhkanlah semua itu.. yang penting kita bekerja kerana siapa? demi siapa? dan kerana apa?
fikir-fikirkanlah.. (mcm dah out dari tajuk jer nie) huhuhuhuhu...

sebab permulaan yang drastik dan laju.. maka perjalanan bulan Januari ini laju tanpa di sedari...jadi kalau ingin mencapai
sasaran yang telah kita tetapkan.. keep it going k.. but beware.. Kesihatan hendaklah diutamakan jugak.... jangan main sondol jer....
Sampai bertemu di celotehan yang seterusnya kelak...

Salamz... Smile always..

Saturday, January 30, 2010

SAHABAT, KAWAN, MUSUH & LAWAN.. APA BEZANYA?? DAN APA KAITANNYA??



Salam Sejahtera... Salam Satu Malaysia utk semua sahabat2 ku... rakan2 ku.. Kawan2 ku....
Pada hari ini.. aku ingin berkongsi pengalaman dan pandangan ku mengenai tajuk pada kali ini..
kalau aku salah.. harap member2 semua perbetulkan lah yer..
kita kupas dulu apa yng dimaksudkan dengan Sahabat, Kawan, Musuh dan Lawan satu persatu...(pergh.. macam berpidato la pulak...)

Sahabat.... orang-orang lama ada berpesan.. "kawan ketawa senang di cari, kawan menagis belum tentu dapat di cari"......
Ini menunjukkan bahawa sahabat adalah sesorang yang rapat dengan kita selain daripada keluarga kita sendiri.. kita mungkin senang untuk berkongsi cerita.. pandangan...
pendapat.. mahupun apa jua topik.. malah berlawak dan bergurau... TETAPI.... untuk berkongsi segala duka.. sengsara.. pengalam dan cerita yang memeritkan..
belum tentu ada sahabat yang mahu mendegarnya.. ataupun sekadar mendengar tetapi belum tentu memahaminya... itulah tadi gunanya sahabat yang menangis...
kerana mereka akan memahami.. malahan mereka mungkin dapat merasai apa yang kita rasakan...

Kawan... ada banyak macam jenis kawan... contohnya.. kawan masa sekolah.. kawan masa kerja.. kawan masa sama2 main bola sepak.. kawan cyber... dan macam2 lagi jenis kawan...
kerana istilah kawan adalah sangat luas.. tidak kira lelaki ataupun perempuan... kawan memang ramai dan ianya tidak semestinya di depan mata kita...

Musuh.. Musuh adalah sesorang yang kita anggap sendiri ianya musuh kita dan padahal.. orang tersebut kebiasaanya tidak tahu.. sebabnya.. musuh itu adalah saingan kita dalam
sesuatu perkara yang sedang kita jalankan.. sbgai contoh : menggangap pasukan lawan sebagai musuh kita dalam sesuatu pertandingan.. tapi selepas pertandingan.. member ma...
ada jugak musuh yang kita memang benci.. seperti askar kita menentang askar luar yang cuba memporak perandakan negara kita... memang pelbagai jenis musuh dalam hidup kita..
dan musuh yang paling hampir dengan kita adalah SYAITAN!!!...

Musuh paling merbahaya selepas SYAITAN adalah musuh dalam selimut... kerana ianya akan membunuh ataupun menjatuhkan kita disaat kita tidak sedari.. ataupun sedang enak dibuai mimpi2 indah..
fikir-fikirkan lah.. kerana golongan jenis macam nie.. sanggup lakukan aper sahaja untuk menjatuhkan kita ataupun.. melenyapkan kita sekali gus... Musuh adalah seseorang yang kita harus
berhati-hati dan berjaga2.... kalau tidak... kita akan....( You All Boleh Fikirkan sendiri kan...)

TAPI.. kita jangan kalah.. sebab musuh adalah untuk ditentang.. dan janganlah kita menentangnya dengan mengikut nafsu kuda padi.. guna akal yang diberi ALLAH... InsyaAllah...
kita akan diberikan jalan dan cara... percayalah....

LAWAN.. adalah seseorang yang sentiasa bersikap tidak puas hati terhadap kita... mereka akan menetang kita sehingga kepuasan tu datang pada diri mereka ini...
apabila dah jumpa lawan.. janganlah kita jadi pengecut.... tunjukkan pada lawan anda masing2.. bahawa siapa yang pengecut... mahupun hanya sekadar tin KOSONG sahaja...

Jadi cukup sampai di sana sahaja pada hari ini.. kalau saya ada tersilap dalam menghuraikan tajuk ini tadi.. di harap ada yang sudi memperbetulkannya..
kita sama2 belajar mengenai kehidupan manusia sejagat... bezanya pada pengalam...
sekian...

Wednesday, January 13, 2010

Pengalaman 1 Januari di Tahun Baru 2010...



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan dan sehabat handai tak kira dimana anda berada ketika ini.
Macam mana dengan permulaan Tahun 2010 nie?? ada baik ka? tak da baik ka? mcm itu sahaja ka? atau langsung tak de paper
perubahan dari tahun 2009 sampai la nie... aper kes nie??

Ok la.. aku pun malas nak berceloteh panjang2 masa pembukaan nie... Selamat Hari Lahir aku ucapkan kepada sesiapa yng menyambut
Tarikh Lahirnya pada 1 Januari setiap Tahun.. especially utk adik aku yng 2nd last tu.. Selamat Hari Lahir Akak...
syoknyer saper yng lahir pada tiap2 tahun baru.. satu Dunia cuti sambut besday korang kan.. huhuhuhuhu....

Aku 1st time sambut New Year kat kawasan pendalaman.. tapi x pendalaman giler la kan.. masih ok lagi nie.. aku sambut kat
Kampung Jebungan Mukah.. aku tgok sendiri cara diorng semua organize acara pada hari itu.. bagus sekali.. semua nya berjalan dgn baik...

aku bukannyer nak citer pasal aku sambut tahun baru ma... aku nak kongsi cerita dengan rakan2 aku di Semenanjung sana.. yng
maner.. korang sepatutnya bersyukur dan berterima kasih banyak2 pada Nya.. kerana tmpat korang mmg dah maju dan x banyak masalah utk korang semasa
nak balik kampung coz Jalan Raya dah bagus.. (aku kata Jalan Raya SHJ!!!)

Pada 1 hb 01. 10... pagi tu cuaca hujan.. aku dah planing nak ke Sibu pada hari itu.. coz cuti ma.. n aku pun kebetulan cuti sampai 5hb... mana x nyer..
aku kena la keluar dari kepompong Mukah nie.. kalu dah cuti tapi masih duduk di Mukah nie.. serupa x payah cuti...
bukannyer aku leh g maner2 sangat pun.. pi mai pi mai tang tu juak... so aku pergi ke Sibu ber-2...
dgn saper?? bukan dgn awek la.. aku g dgn brother satu rumah dgn aku.. yng besh nyer...
brother pergi pakai kete.. aku pergi pakai motosikal....

Untuk aku jelaskan kat sini pada member yng di semenanjung sana.. perjalanan antara Sibu - Mukah tak la jauh mana.. dalam
166 KM jer.. tapi disebabkan faktor jalan dan faktor muka bumi aku ke Sibu mengambil masa 4 Jam.... tapi aku jenis x heran pun...
coz ala bisa tega biasa... kalau cuaca hujan.. lagi lambat jadinyer...

Perjalanan dari mukah ke Meteding jln raya bagus.. tar baiknyer... dalam 1/2 jam dah sampai.. pas tu nak masuk ke jalan yng satu2 nya jalan utama darat yng menghubungkan
mukah ke sibu / bintulu / miri... jalan ladang lah jalan yng mencabar sekali.. kalau korang x cayer.. tanyala member yng korang kenal di Sarawak nie..
tanyer la nak pergi Mukah ikut jalan darat mcm maner?/ ada baik ka?? selepas keluar dari ladang iaitu Selangau.. so Selangau ke Sibu lebih kurang 1 jam 10 minit.. mcm tu lah...

Aku melalui jalan ladang yng berlubang2.. berpasir.. berlopak lumpur.. dan ada masanya lobang dah mcm kawah kena bom.. tapi aku tersangat bernasib baik ma..
sebab aku pakai motosikal.. aku dapat mengelak lubang2 itu dgn mudah sahaja... ramai yng kata aku nie betul2 ke nak ke Sibu pakai motosikal nie....?
x payah la... itulah.. ini lah.. tapi aku dah tanam dah dalam diri aku.. kalau orng Iban kat area laluan itu boleh...
Naper lak aku x boleh?? itu jer persoalannya.. n utk Pengetahuan korang.. motosikal yng aku tunggang adalah motosikal buatan Malaysia.. Modenas Kriss yng 1st keluaran punyer...
Alhamdullilah.. aku bersyukur sangat2 coz motosikal aku x buat hal yng pelik2 semasa dalam perjalanan itu...

aku bersyukur jugak time aku ke Sibu pada 1hb itu.. lori yng membawa arang batu tidak bekerja pada hari itu.. jadi.. mudahla perjalanan aku... sambil menikmati pemandangan yng
menyejuk dan menyegarkan mata sepanjang perjalanan itu.. aku memerhatikan jugak sikap pemandu yng bermacam2.. ada yng bagus.. bagusla kan..
ada yng mementingkan diri sendiri... ada yg buat x peduli hal orng pun ada gak... yng penting dia je lepas...
kalau la hari tu ada lori yng bekerja.. aku ingat susah jugak aku.. coz semua lopak yng ada pada hari itu. semuanya dipenuhi air dan lumpur sepenuh2 nya..
korang bayangkan la sendiri... kalau lori lalu dgn laju dan melanggar lopak itu... aku pulak pada masa yng sama berada di kawasan tersebut.... pergh.. apa rupalah aku nie...

so lalauan dalam ladang itu yng menghubungkan meteding ke selangau hanyalah lebih kurang 55 KM jer.. tapi keadaan jalan di ladang itu menyebabkan pemanduan menjadi lambat sehingga ke 2 jam..
pergh... tahap kebas dan sakitnyer kaki aku usah ditayer.. Allah sahaja yng tau.. tapi aku ambil ianya sebagai pengalaman aku.. kalau aku sendiri x melaluinya.. mcm maner aku nak bercerita satu hari nanti?...
tapi.. apbila aku sudah melaluinya.. aku boleh tahu yng si pencerita itu berkata benar ataupun rekaan semata-mata...

Jadi.. aku bermalam di Sibu sehingga 3hb.. n 4hb aku melalui Jalan Ladang itu semula untk Pulang Ke Mukah..
Alhamdullilah.. aku Selamat sampai ke rumah sewa aku tanpa sebarng masalah mahupun kejadiaan yng pelik2...
sebab itu la aku nak ingatkan member2 ku Di Semenanjung sana.. bersyukur dgn apa yng kita ada.. dan jangan cepat merasa SELESA.. sebab banyak lagi yng kita perlu tahu dan pelajari demi menigkatkan lagi
ilmu di dada.. pengalaman di diri.. dan memantapkan lagi minda x kira bila masa dan dimana sahaja..
sampai bertemu di celoteh yng akan datang.. salam rindu dari ku....
Assalamualaikum...