Monday, February 1, 2010

BERAKHIRNYA JANUARI 2010...




Sekejap sahaja masa berlalu.. bagaikan terlalu pantas.. aku bagaikan masih lagi merasa kehangatan tahun baru...
tapi sudah pun memasuki bulan yang ke-2.... Lumrah bagi semua manusia mahupun semua orang... kenapa?? apa yang lumrahnyer??
Apala.. benda senang pun malas nak pikir.. sebab dia.. bila masuk nya tahun yang baru.. kita akan berasa sangat semangat
sebab kita sedang berusaha untuk mencapai azam yang telah ditetapkan.. biasalah.. semangat mula-mula.. tapi itu adalah
sesuatu permulaan yang bagus sebenarnya... macam yng masih di sekolah.. macam-macam perkara yang boleh menguja kan diorang..

Budak Sekolah.. masuk sekolah dengan memakai pakaian dan peralatan sekolah yang serba baru.. serba serbi nampak sempurna.. apa
lagi.. mula la nak tunjuk eksen... pada hal tujuan diorang disekolahkan.. adalah untuk menimba ilmu... Duit yang diorang dapat pun..
duit mak bapak diorang.. so janganlah ada sifat nak belagak... rase macam diri tu mewah.. sedar sikitla diri tu yer adik-adik ku diluar sana..

Bagi adik-adik ku yang mencari duit sendiri (kerja) semasa cuti sekolah lalu.. mesti diorang akan rasa tersangatlah menghargai..
barang-barang yang mereka miliki kerana ianya adalah dari titik peluh mereka sendiri.. (Ditujukan khas utk budak-budak sekolah rendah dan menegah)

Ok.. seterusnya... untuk student-student yang baru nak masuk blajar ke IPTA/IPTS.. tapi lebih ku tujukan pada mereka yang
memasuki IPTA la... sebab lepas jer abis SPM.. pergh.. bukan main semangat.. meluap2.. meletop2..(kebabooommmm) itu adalah permulaan yang bagus..
matlamat pun telah di tetapkan.. tapi.. janganlah hanyut.. sebab aper aku katakan macam tu.. mentang-mentang la korang dah mula
tinggal jauh dengan family korang.. dah mula dah.. nak tunjuk tocang masing.. duduk diam-diam dalam IPT tersebut n belajar la pandai-pandai..
kalau rasa tak nak.. baik korang tak payah terima sambung belajar nie dulu lagi.. bagi peluang pada orang lain yang benar-benar ingin
sambung belajar... selepas tu bila dah dapat duit Pinjaman nanti.. janganlah jadi lupa diri pulak.. ingat-ingatlah di mana asal-usul kita... janganlah
jadi lupa diri kerana duit pinjaman tu.... kerana Korang la Harapan Masa Depan Negara...

Seterusnya kepada mereka-mereka yang telah berkerja nie.. mencari rezeki yang halal... bekerja lah sebaik-baik nyer.. jauhi penyelewengan..
rasuah.. budaya tindas menindas... buli.. jauhkanlah semua itu.. yang penting kita bekerja kerana siapa? demi siapa? dan kerana apa?
fikir-fikirkanlah.. (mcm dah out dari tajuk jer nie) huhuhuhuhu...

sebab permulaan yang drastik dan laju.. maka perjalanan bulan Januari ini laju tanpa di sedari...jadi kalau ingin mencapai
sasaran yang telah kita tetapkan.. keep it going k.. but beware.. Kesihatan hendaklah diutamakan jugak.... jangan main sondol jer....
Sampai bertemu di celotehan yang seterusnya kelak...

Salamz... Smile always..