Assalamualaikum... Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada semua sahabat-sahabat ku di luar sana... lama sudah aku tak membebel dalam ini blog.. walhal... bukannya blog orang lain pun.. sendiri punya ma....
Bukannya apa kawan-kawanku... bila dah mula aku serious dengan kerja ni.. ha.. AMIK AKU!!!.. nak menulis dalam blog pun dah tak ada masa... mana lah tak.. masa yang ada padaku adalah sangat terhad.. maka aku gunakannya untuk aku rehat cukup-cukup..... sebab nak recover balik energy aku yng dah over limit aku gunakan....
Pada Bulan Februari yng baru sahaja berlalu.. aku memang sibuk dengan kerja-kerja ku.. mujurlah ada Tahun Baru Cina.. dapat gak cuti 2-3 hari... pas tu.. AMEK AKU... kerja strait tak der nak rehat-rehat punyer.. (x der lah sampai x rehat langsung).. maksudku jadual ku padat dengan kerja.. mana tak.. orng lain semua cuti sabtu minggu.. aku sabtu minggu.. siang malam kerja... Tapi tak pe.. coz aku enjoy dengan kerja yang aku lakukan sekarang ini... aku tak kan salahkan siapa-siapa.. malah aku bersyukur banyak-banyak kepad ALLAH swt, kerana dengan iziNya... aku diberikan kesihatan yang baik.. Kecerdasan akal fikiran.. rezeki yang melimpah ruah.. kemudahan dalam melaksanakan tugas.. aku bersyukur banyak-banyak pada mu Ya ALLAH...
Kebanyakkan kerja ku adalah aktiviti luar.. bukannya di Opis.. dan pada Bulan Februari jugalah kali Pertama aku mengikuti TRAVELLING UNIT SUNGAI... yang mana aku ditempatkan di bawah unit sungai ini sudah 2 tahun.. Memang mencabar bagi diriku kerana inilah pengalaman pertama aku menyusuri Sg Mukah dengan menaiki bot yng berkuasa KUDA 40... aku pergi bertiga.. Ketua Unit dan Pemandu Enjin Sangkut... yng menambahkan geli hati ku adalah.. aku menjadi penunjuk arah... wakakakakaka.. dah lah x pernah2 aku jadik penunjuk arah.. ni tak pasal-pasal.. aku lak yng jadik... tapi demi mencapai misi kami pada travelling kali ini.. segalanya dipermudahkan.. apa-apa pun.. orang ramai dah cakap awal2.... "mun kitak tuk ke batang di sarawak tuk.. hati2.. mulut sik boleh cabul gilak.. mun cabul kelak.. kitak nanga la diri pun" (kalau awak tu pergi ke Sungai di sarawak... hati2.. mulut tak boleh cabul giler.. kalau cabul nanti.. awak tengok la sendiri) so.. aku pun kenalah paham-paham sendiri.. aku ni kan datang ke tempat orang.. so berjaga-jaga lah jugak.. Alhamdullilah... semuanya berjalan dengan lancar.. dan kami bermalam di sebuah rumah Panjang yang mana apai nya @ Tuai Rumah (Ketua Rumah Panjang) baik sangat-sangat.. dan penduduk di rumah panjang itu pun menerima kedatangan kami dengan tangan yng terbuka... Bermalam di Rumah Panjang bgiku dah biasa lah jugak coz sebelom ni pun.. aku ada ke Kawasan Rumah Panjang.. dan yng kali ini.. aku ke Rumah Panjang melalui Sungai MUKAH....
Apabila aku melihat cara hidup mereka.. aku terkenang dan berfikir sendiri... betapa bertuahnya aku di semenanjug.. kehidupan aku berganda2 lebih baik dari diorang.. tapi.. aku tengok diorng nak kata susah pun tidak.. nak kata senang lagi la pulak.. tapi mereka masih mempunyai sifat bantu-membantu dan tidak mengharapkan apa-apa balasan dari kami semua.... itu yng membuatkan aku terharu seketika... inilah dia.. memang benar.. konsep 1Malaysia... dah lama wujud di negeri ini... ye.. Negeri Sarawak... sedangkan segelintir masyarakat di Semenanjung sana.. perkara yang kecik dan remeh voleh pulak diperbesar-besarkan sehingga boleh tercetusnya pergaduhan.. apakah maknanya semua ini?? Maafkan ku wahai penduduk di Semenanjung.. kalau-kalau penulisan aku ini ada menyinggung perasaan ataupun hati sesiapa... tapi itulah Hakikat dan realitinya.. apabila aku memasuki kawasan sedikit pendalaman.. aku dapat rasakan kesegaran seperti di kawasan Kampung yng masih belom diterokai sepenuhnya.. kesejukkan hutan amat menyamankan tidur ku....
Pulang dari Travelling... aku mula rasa macam tak berapa nak best.. sebab aku rindukan ketenagan dan kedamaian semasa aku Travelling dengan suasana yang indah dan saujana mata memandang... menyusuri Sungai Mukah, Sarawak.. InsyaAllah.. bulan March ini... aku Travelling lagi... pulang je.. mula dah.. banyak kerja yang perlu di siapkan.. dan kedatang PM ke Sibu pun aku diarahkan ke Sibu utk bertugas semasa lawatan Beliau.. pulang je dari Sibu.. aku balik rumah utk mandi jer n siap2... tukar baju utk bermalam n terus ke Daro pulak.. huhuhuhu... pulang dari daro kerja mcm biasa n Sabtu Ahad pun Kerja... memang bulan Februari ini mencabar Kecerdasan fizikal dan mental aku.. tapi aku bersyukur kerana aku berjaya mengharunginya tanpa Masalah.. Alhamdulillah...
Apa-apa pun.. March sudah menjelma.. aku pun x pasti macam mana akan aku harungi.. tapi apa yg aku tahu.. Bulan March adalah antara bulan yang sibuk di Mukah ini.. kerana ianya berkaitan dengan Pesta Kaul yng akan diadakan pada Bulan April nanti Di Mukah.. jadi kawan-kawan.. sampai di sini dahulu celotehan ku.. sebelum aku mengundur diri.. aku selitkan jugak lah sekeping 2 gambar time kitaorng Travelling ye.. Salam semuanya...
1 comment:
Assalamualaikum ...
Waaaaaa .. Busy sungguh Bro Feruz kat Mukah sane .. Btw,, sibuk bekerja sekalipun jgn lupe jage kesihatan tuh .. Hana kat cnie sedang prepare utk menghadapi SPM penghujung tahun nii .. Glew gementar bro perasaan Hana time nii .. Huhu,, Izzati dapat result yang baik utk exam dye baru2 nii .. Ade 4 subjek dapat 'A' .. Okay laa bro,, lain kali borak lagi .. Take care,, doakan kejayaan Hana okay !! Huhu ^_^
Post a Comment